Sunday, July 10, 2011

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEBELAS

( 27 MAC HINGGA 31 MAC 2011 )

A. BISIKAN HATI

Dalam minggu ini banyak masa ditumpukan kepada aktiviti luar kelas kerana minggu ini merupakan minggu GERKO, pelajar-pelajar kebanyakan menghabiskan masa mereka dengan berlatih di luar kelas, saya tidak dapat melaksanakan aktiviti di dalam kelas sepenuhnya kerana saya juga terlibat dengan latihan pelajar. Minggu ini juga hanya 2 hari sahaja kelas berjalan seperti biasa dan hari ketiga acara MTQ sudah bermula. Jadi proses pembelajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

B. CATATAN PERISTIWA ATAU KEJADIAN MASALAH

Pada minggu ini aktiviti pembelajaran di dalam kelas tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana minggu ini pelajar banyak memberi tumpuan kepada latihan sempena MTQ peringkat sekolah.

C. PERASAAN ATAU PANDANGAN TENTANG CATATAN

Saya tidak dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran sepenuhnya pada minggu ini kerana MTQ peringkat sekolah dilaksanakan pada minggu ini dan juga sesi kelas hanya berlaku selama 2 hari sahaja, bakinya penuh dengan aktiviti GERKO.

D. CARA MEMENUHI KEJAYAAN

Apa sahaja aktiviti yang dilakukan sama ada di dalam kelas ataupun luar kelas adalah demi masa depan pelajar. Sebagai guru kita seharusnya member sokongan terhadap apa jua yang diminati oleh pelajar kita supay mereka mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang akademin ataupun ko-kurikulum.

No comments:

Post a Comment