Sunday, July 10, 2011

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEMBILAN

(22 OGOS – 26 OGOS 2010 )

A. BISIKAN HATI

Minggu ini merupakan minggu kesembilan praktikum berjalan, minggu-minggu terakhir banyak mengajar saya tentang niat asal seorang guru adalah menyampaikan ilmu dan memastikan semua pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika terdapat pelajar yang tidak memahami apa yang disampaikan oleh saya sebagai seorang guru ini menunjukkan bahawa P&P saya tidak berjaya sepenuhnya. Minggu ini merupaka minggu peperiksaan bagi pelajar-pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan 4,5 dan enam. Jadi sepanjang minggu ini saya tidak melaksanakan P&P bagi pelajar tingkatan 4. Sebaliknya saya hanya melaksanakan pelajaran minor. Masalah komunikasi semakin kurang dan saya kurang berkomunikasi denan pelajar sebaliknya melaksanakan aktiviti daripada pelajar.

B. CATATAN PERISTIWA ATAU KEJADIAN MASALAH

Pada minggu ini bahasa arab tetap dalam matapelajaran mutolaah. Kaedah yang digunakan dalam pelajaran ini adalah mendengar dan membaca petikan bahasa arab seterusnya menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tiada masalah komunikasi yang berlaku kerana kaedah yang digunakan hanya berpandukan teks petikan yang hanya dibaca olh guru dan pelajar.

C. PERASAAN ATAU PANDANGAN TENTANG CATATAN

Proses pembelajaran pada minggu ini berjalan seperti yang dirancang. Ini kerana hanya mata pelajaran minor sahaja yang dapat dilaksanakan iaitu bahasa arab, sebaliknya pelajar tingkatan 4 sedang menjalani peperiksaan percubaan SMRA.

D. ANALISIS TERHADAP SEBAB SESUATU TINDAKAN

Seperti minggu kelapan, saya perlu memperbaiki komunikasi saya terutamanya komunikasi dalam bahasa arab bukan sahaja demi tuntutan oleh unit praktikum dalam matapelajaran minor, sebaliknya demi masa depan saya sendir. Setiap guru yang berada di aliran pengajian Islam perlu mahir berbahasa arab untuk kemudahan di masa-masa akan datang. Juga menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar.

E. CADANGAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI

Saya perlu memperbaiki kelemahan yang masih ada pada diri diri saya . Saya juga perlu belajar berkomunikasi bahasa arab dengan guru-guru bahasa arab yang banyak pengalaman di sekolah saya untuk melatih saya membiasakan diri berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas walaupun menggunakan kalimah-kalimah yang mudah. Ia akan meningkatkan lagi tahap komunikasi saya.

F. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Saya akan terus berusaha memeperbaiki lagi kelemahan komunikasi yang ada pada diri saya terutamanya dalam bahasa arab. Pada masa-masa akan datang saya akan cuba menggunakan bahasa arab di dalam kelas sepanjang P&P walaupun sedikit demi sedikit.

G. CARA MEMENUHI KEJAYAAN

Guru yang cemerlang adalah guru yang berjaya mendidik anak-anak pelajarnya menjadi insan yang berguna. Komunikasi yang berkesan adalah faktor utama dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, di mana pelajar tiak bosan dengan penyampaian isi pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment