Monday, December 13, 2010

Pada Siapa Patut Diletakkan Cinta ???

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang masuk cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?

Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.

Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga mara dsb. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan Dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.

Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.

Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila2 masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."

Oleh itu orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.

Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunawi dan di akhirat..


RENUNG-RENUNGKAN…….

SELAMAT BER AMAL…



HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DAN UBAN


SOALAN
apa hukum kita sbg perempuan yg belun berkahwin melakukan 'rebonding' rambut?? & mewarna rambut..??


JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-


1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram


Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh


Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.


Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.


b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.